Cara Memastikan Setiap Perjalanan Selamat dan Selesa
1
4
5
6
7
8
9
3
2
Keselamatan Diutamakan
Hormatilah Semua Orang
Jalan dengan Selesa
Bahan Terlarang
Diskriminasi
Satu Pengguna, Satu Akaun
Berjalan dengan Kanak-kanak
Berjalan dengan Haiwan Peliharaan
Menarafkan Perjalanan Anda
Sentiasa pakai tali pinggang keledar, mahupun semasa perjalanan singkat, tidak kira di mana tempat duduk anda.

Sila jangan mengalihkan perhatian pemandu ketika memandu. Duduk di tempat duduk belakang pada posisi pepenjuru kepada pemandu agar pemandu tidak perlu memusing kepala jika perlu bercakap dengan anda.
Sila hormati pemandu, kenderaan, ruang peribadi, dan privasi pemandu.

Sedekahkan senyuman, bertegur sapa, dan ucapkan terima kasih kepada pemandu pada akhir perjalanan. Perkara mudah sebegini mampu mewujudkan pengalaman yang lebih manis untuk anda dan pemandu anda.

Sila jaga peradaban dan elakkan daripada bertanya tentang hal peribadi, berkongsi maklumat perhubungan dan sentuhan fizikal.
Jangan segan meminta pemandu tukarkan muzik, laraskan suhu, atau tutupkan tingkap. Bincang dahulu agar suasana kenderaan sesuai untuk semua pihak.

Sila jangan merokok di dalam kenderaan dan berhati-hati jika membawa makanan untuk mengelakkan kesan kotor atau bau. Jika ada yang anda tertumpah, tolong bersihkan atau tampung kos pembersihan.

Akhir sekali, lebih baik jika anda elakkan daripada membuat panggilan yang terlalu peribadi atau menggunakan nada suara terlampau kuat semasa dalam perjalanan.
Sila jangan mengambil atau membawa alkohol (dalam bekas terbuka) atau dadah terlarang ketika menggunakan perkhidmatan kami.
Kami memiliki dasar toleransi sifar mengenai diskriminasi dalam apa jua bentuk. Sila hormat-menghormati antara satu sama lain.
Sila jangan berkongsi akaun inDrive dengan orang lain. Dengan menggunakan akaun tersendiri, anda hanya bertanggungjawab atas perilaku sendiri, dan juga memudahkan pemandu mengecam muka anda.
Kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun perlu sentiasa didampingi orang dewasa ketika menggunakan inDrive. Jika perlukan kerusi kanak-kanak, beritahu kami lebih awal sebelum berjalan.
Beritahu pemandu awal-awal jika anda ingin membawa sekali haiwan peliharaan. Sila bawa peti pengangkutan atau alas kerusi untuk mengurangkan risiko kekotoran.
Adakah anda menikmati perjalanan anda? Jika ya, sila tinggalkan penarafan baik buat pemandu anda. Maklum balas anda memberi kesan pada penarafan pemandu dan membantu menambah baik keseluruhan perkhidmatan.

Jika anda memiliki sebarang pertanyaan tentang perjalanan, sila hubungi sokongan inDrive. Elakkan daripada menegur pemandu dengan tegas semasa dalam perjalanan untuk mengelakkan konflik.

Hubungi pasukan kami di support@indrive.com atau melalui aplikasi: Menu Sisi➡Keselamatan➡Hubungi Sokongan.
selamat berjalan
Hello! This page contains information for your mobile application
The inDrive online passenger transportation aggregator is not a taxi service and is not involved in the relationship of Users. All requests are created, sent and performed by users independently.
© SUOL INNOVATIONS LTD, 2013-2023