Beritahu kami nombor pintu atau lokasi pick-up yang tepat, dan pastikan ketepatan alamat destinasi ketika membuat order.
Jika ada lebih daripada 3 penumpang, sila tuliskan dalam ruangan komen.
Beritahu pemandu awal-awal jika anda membawa bagasi besar atau haiwan peliharaan.
Ubah fikiran? Beritahu pemandu dan batalkan perjalanan.
Semak nombor plat lesen, model kereta dan gambar pemandu sebelum memulakan perjalanan. Batalkan perjalanan jika ada ketidaksamaan.
Jangan lupa memakai tali pinggang keledar.
Sila beritahu pemandu jika ingin ubah destinasi akhir atau buat perhentian tambahan. Hal ini mungkin akan menaikkan tambang anda.
Sila jaga kebersihan kenderaan: jangan merokok, makan atau minum minuman selain air kosong dalam kereta.
Klik ikon perisai pada laman utama untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan.
Gunakan ikon yang sama untuk kongsikan butiran perjalanan dengan orang tersayang.
Tertinggal barang dalam kereta? Sila hubungi pasukan sokongan kami melalui emel di support@indrive.com atau melalui perbualan dalam-aplikasi.
Jangan lupa menarafkan perjalanan anda. Maklum balas anda membantu kami memahami pengalaman pengguna dan menambah baik perkhidmatan.
Jika anda memberi seseorang pemandu 1 bintang, pemandu tersebut tidak akan melihat lagi order anda pada feednya.